Perbezaan Agama Tidak Halang Rakyat Nikmati Suasana Berbuka Puasa di Sabah

Kickbola.net
Datuk Seri Joseph Kurup berbual mesra dengan masyarakat Islam di Pensiangan
Perbezaan Agama Tidak Halang Rakyat Nikmati Suasana Berbuka Puasa di Sabah

KOTA KINABALU, 4 Julai (Bernama) -- Perbezaan agama dan kepercayaan bukan penghalang bagi rakyat negara ini menikmati suasana berbuka puasa bersama-sama dengan rakan beragama Islam pada Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup berkata semangat persaudaraan tinggi yang tersemai membolehkan rakyat duduk semeja untuk berbuka puasa.

 Kurup menyampaikan sumbangan Iqra kepada Pengerusi Surau Al-Falah, Abdul Salam Sirit

Malah beliau menyifatkan majlis berbuka puasa itu adalah inisiatif baik kerana dapat mengajak rakyat untuk memahami erti perpaduan yang sebenar.

"Kita bertanggungjawab dalam mencorakkan hubungan kekeluargaan serta kemasyarakatan agar lebih mantap," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.


Isteri Kurup, Puan Sri Melinda Kurup turut menyampaikan duit raya kepada kanak kanak di majlis berbuka Puasa di Pensiangan.

Beliau berkata inilah keunikan Malaysia kerana walaupun masyarkat terdiri daripada pelbagai bangsa, nilai budaya serta kepercayaan agama, mereka tetap bersatu bagi menikmati kehidupan penuh harmoni.

-- BERNAMA

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.