SK Kiau Selepas Banjir Lumpur

Just today (4.07.2015) we received a very sad news from SK Kiau. Right after they finished their gotong-royong to clean up the school, a flash-mud-flood occured. No one was injured, thankfully, but everyone is now traumatised. We were told that they have tried to have the school 'moved' to a higher ground (better location than the current right next to the Kadamaian River), but apparently the relevant authority hasn't acted on the request yet. Having spent almost a whole day in Sk Kiau yesterday, we really feel worried for them. Education Department Kota Belud, can something be done about this? Urgently!!! Please we beg, any parties who can help. Help SK Kiau

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA BELUD: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kiau Nuluh, Sadib Miki menyifatkan kejadian banjir lumpur yang melanda Sekolah Kebangsaan Kiau jam 1 petang kelmarin merupakan yang pertama dalam sejarah sekolah itu.

Bagaimanapun Sadib berkata banjir berkenaan cuma menjejaskan sebahagian kawasan sekolah dan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah berkenaan.

“Pagi tadi (semalam), ibu bapa dan guru bersama-sama dengan anggota (JKKK) membersihkan sekolah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan berjalan seperti biasa semalam.

Katanya antara yang terjejas dengan banjir lumpur berkenaan termasuk rumah guru, satu blok bangunan sekolah, stor sekolah dan dewan makan.

Menurut Jame banjir lumpur itu berlaku kira-kira jam 3.15 petang kelmarin namun ketika kejadian tidak ada pelajar di sekolah kerana semua murid telah kembali ke rumah masing-masing. — Bernama

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.