Rozaimi Abdul Rahman dibenarkan pulang, berehat di rumah ibu bapa

Kickbola.net
Syukur, Rozaimi kini boleh keluar daripada hospital dan berehat di rumahnya di Bongawan. Terima kasih atas doa anda semua, semoga Rozaimi segera pulih sepenuhnya dan mampu beraksi semula. - Get Ready to Check Out,Hospital KPJ
Get Ready to Check Out,Hospital KPJ

KOTA KINABALU: Penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang dirawat di Hospital KPJ, di sini, akibat kemalangan jalan raya, dibenarkan pulang hari ini. 

Bekas pemain skuad Harimau Muda itu dilaporkan semakin pulih dan akan berehat di rumah ibu bapanya di Bongawan sehingga benar-benar sembuh.


Pada 6 Julai lalu, Rozaimi, 23, parah selepas kenderaan dinaiki bersama sepupunya, Awangku Mohd Faris Mahamud, 21, terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tuaran, di sini.




Kemalangan itu mengakibatkan Awangku Mohd Faris yang juga bekas pemain skuad Piala Presiden Sabah meninggal dunia.


PENYERANG Sabah, Rozaimi Abdul Rahman memeluk anaknya ketika dirawat di Hospital KPJ Kota Kinabalu pada 12 Julai lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.