Tolak Rasisme! Contohi Hubungan Baik Fais Al-Hajari - Desmond

Kickbola.net Tolak Rasisme! Contohi Hubungan Baik Fais Al-Hajari - Desmond
Kisah Hubungan Baik Lelaki Ini Dengan Penjual Telefon Berbangsa Cina Menjadi Viral

Viral di laman Facebook kini adalah kisah dua sahabat, seorang Melayu dan seorang Cina yang mempunyai hubungan baik sebagai penjual dan pembeli telefon bimbit.

Lelaki Melayu berkenaan yang menggunakan nama Fais Al-Hajari di Facebooknya.

"Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti," kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.

"Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.

"Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia," tulisnya.

Malah jika dia membeli telefon bimbit dari peniaga lain di plaza berkenaan, Desmond tidak pernah 'berasa hati', malah sentiasa tersenyum dan hubungan sebagai rakan itu berterusan hingga
kini.

Sehingga kini posting Fais menerima lebih dari 1,400 perkongsian daripada pelayar Facebook.

Bagaimanapun melihat kepada ruangan komen di posting tersebut, ada juga yang kurang senang dengan 'persahabatan' Fais dan Desmond.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.