Dua jambatan gantung runtuh di Kota Belud bakal dibina semula - Ketua Menteri

Kickbola.net
Semangat kecekalan serta kesatuan yg sangat terpuji dikala menhadapi bencana alam di Kg. Kaung terbaik! Kredit Pic : Stanley Musa
Dua jambatan gantung runtuh di Kota Belud dibina semula - Ketua Menteri

KG KAUNG – Dua jambatan gantung yang musnah akibat banjir di Kota Belud baru-baru ini kini sedang dalam pembinaan bagi membolehkan penduduk di kawasan terjejas menggunakan kemudahan tersebut untuk aktiviti harian.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, peruntukan bagi membina jambatan gantung tersebut disalurkan oleh kerajaan negeri kepada Pejabat Daerah Kota Belud.


“Saya telah mendapat taklimat daripada Pegawai Daerah Kota Belud dan Jabatan Kerja Raya berkaitan banjir di daerah itu.

Selain memperbaiki dua jambatan itu, kita juga akan membaiki jalan raya yang musnah akibat banjir.

“Saya juga telah meminta pihak berwajib terus mengambil tindakan supaya dapat meringankan beban rakyat dan memberi keselesaan kepada mereka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalung Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2015 di perkarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini hari ini.


Hadir sama, Timbalan-timbalan Ketua Menteri iaitu, Datuk Yahya Hussin; Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat negeri, Datuk Hajiji Noor dan Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir.

Mengulas lanjut, Musa berkata, bagi memastikan kelancaran projek pembinaan jambatan itu, pihak Pejabat Daerah Kota Belud akan dibantu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dua jambatan gantung rosak yang dibina semula ialah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ginsurai, Kampung Malangkap Baru dan jambatan yang menghubungkan SK Kaung.

NILAI KEMANUSIAN SEORANG PENYELAMAT : Ketika air sedang deras di Kg. Kaung Ulu, Kota Belud, anggota penyelamat daripada JPAM merisikokan diri menyelamatkan nyawa seorang bayi dgn hanya terpaksa meniti titian bambu. Terima kasih kami ucapkan! #salute

Sementara itu, mengenai kerosakan jalan raya di Kampung Kaung, Musa memberitahu beliau sendiri akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk permohonan dana bagi membaiki jalan raya di kawasan itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.