MH370

Terkini
.

Lelaki murung ditemui bunuh diri di Taman Yakim Jaya, Likas


Kickbola.net
Mayat mangsa yang ditemui berhampiran sebuah tong gas memasak di dalam stor kediaman.
Lelaki murung ditemui meninggal dunia

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri di sebuah kediaman di Taman Yakim Jaya, Likas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mayat mangsa ditemui oleh isterinya yang sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 11.30 pagi daripada jiran yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Isteri mangsa yang bergegas balik ke rumah terpaksa meminta bantuan jiran untuk membuka pintu yang berkunci dari dalam rumah sebelum menemui mayat suaminya tertiarap di dalam sebuah sebuah bilik stor,” katanya di sini hari ini.

Siasatan awal polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah terbabit dalam kejadian malang itu dan mangsa yang difahamkan mengalami masalah kemurungan dipercayai meninggal dunia akibat terhidu gas untuk memasak.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Leong Chi Yong tinggal seorang diri sejak dua hari sebelum kejadian berlaku. Manakala isteri lelaki itu pula sedang menginap dan menjaga buat sementara di rumah anak mereka yang sedang bercuti ke Kuala Lumpur.


“Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Queen Elizabeth Hospital 1 untuk bedah siasat,” katanya lagi.

Lelaki murung ditemui bunuh diri di Taman Yakim Jaya, Likas Reviewed by admin Ucop on 3:44 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.