Budak 5 tahun Ditemui selamat selepas 9 Jam Diculik!

Kickbola.net
BUDAK 5 TAHUN DITEMUI SELAMAT SELEPAS 9 JAM DICULIK
Budak 5 tahun Ditemui selamat selepas 9 Jam Diculik!

Kajang - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik tiga lelaki di berhampiran TABIKAnya di Sungai Chua di sini, semalam, disatukan semula dengan keluarga kira-kira sembilan jam kemudian selepas budak itu ditemui oleh seorang pemandu teksi.

Budak itu yang ditemui merayau-rayau oleh pemandu teksi dikenali sebagai Nizam di satu lokasi yang tidak didedahkan, diserahkan kepada keluarganya pada jam 5.47 petang.

Budak itu hanya ada kesan calar di pipi kanan.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, mengesahkan budak itu ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 5.47 petang.

"Mangsa berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis mendapatkan keterangan daripadanya.

"Siasatan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kejadian ini diteruskan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu teksi yang menemui mangsa" katanya ketika dihubungi, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.