Siap siaga tingkat kecekapan hadapi nahas kereta api

Terkejut SOS selepas melihat foto gambar 'mayat' bergelimpangan di Beaufort yang disebarkan di dalam laman sosial kelmarin.
Namun selepas membaca dari komen seorang pengguna facebook, rupa-rupanya ini hanya satu latihan amal bencana luaran Negeri Sabah.

Kata seorang pembaca:

"Bikin suspen ja kan mcm real tapi sebenarnya Latihan amal Bencana Luaran dengan kerjasama :-

- JPAM
- Jabatan BOMBA
- Ibu Pejabat Polis Beaufort
- Jabatan Keretapi Beaufort
- Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
- MKN
- Petronas Beaufort

Tarikh : 13 Oktober 2015
Lokasi : Kawasan Bingkul berdekatan Stesyen Petronas.


Berikut merupakan informasi penuh mengenai latihan Bencana kelmarin :

LATIHAN BENCANA ( KEMALANGAN KERETAPI DENGAN VAN ) DI KM 1 JLN BFT-PAPAR BERHAMPIRAN STESEN PETRONAS PADA 13/10/2015.

1. Tarikh : 13/10/2015 @ 1130 -1230 hrs.

2. Tempat kejadian : Km 1 Jln Bft-Papar ( atas jln keretapi ).

3.Penganjur Latihan : Hospital Beaufort.

3.Senario :-
Sebuah van telah terlibat kemalangan dengan keretapi ( dari arah Beaufort ke Kota Kinabalu ) manakala kenderaan mangsa ( van ) dari arah Beaufort ke Papar. Apabila sampai di tempat kejadian van tersebut telah melanggar bahagian hadapan kepala keretapi dari arah Beaufort ke Kota Kinabalu. Dalam kejadian ini melibatkan 8 mangsa ( 2 maut, 6 cedera parah dan 2 cedera ringan ).

5. Agensi yang terlibat dalam latihan amal ini :-
-Jab.Bomba Dan Penyelamat Beaufort - 17 Ahli dan1 Jentera.
-JPAM - 6 Anggota dan 1 Ambulan
- Hospital Beaufort : 20 Ahli yang diketuai Pengarah Hospital Beaufort.
- Polis Trafik - 2 peg dan 10 Apr.
-Tugas Am - 4 Apr.
-MPV - 2 Apr.


6.Latihan amal ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Setelah selesai latihan ini, 'post mortem' diadakan di bilik gerakan hospital Beaufort. Dalam sesi post mortem terdapat beberapa kelemahan yg dikesan seperti alat perhubungan antara agensi boleh diaktifkan semasa bencana sebenar.
Wbp pada keseluruhan objektif latihan ini adalah tercapai.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date