Kementerian Kesihatan Malaysia arah tarik balik Sirap Ubat Batuk mengandungi alkohol

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: ULASAN KE ATAS PRODUK PARACETAMOL SYRUP 120MG/5ML YANG MENGANDUNGI ALKOHOL. Redon Syrup 120mg - Paracetamol 120mg/5ml

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KKM Tarik Balik Sirap ‘Paracetamol’ Sah Ada Alkohol

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn. Bhd. menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, pihak KKM telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.


Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk tersebut tidak sepatutnya mengandungi alkohol, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malaha syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada KKM telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol.


Beliau berkata, oleh kerana syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak KKM telah menerima tawaran mereka untuk membekalkan produk itu.

“Bagaimanapun, siasatan lebih lanjut kemudian mendapati produk paracetamol itu sebenarnya mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan,” katanya.

Bagaimanapun, Eisah berkata produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.


“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan,” katanya.



Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan.

“Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan,” katanya. – BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.