Lelaki Warga Emas Maut Kes Langgar Lari di Jalan Tuaran

Kickbola.net
Warga Emas maut dalam satu kes langgar lari di tuaran
Warga Emas maut dalam satu kes langgar lari di tuaran

Seorang lelaki warga emas maut selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Tuaran, berhampiran Pekan Menggatal di sini, jumaat petang.

Mangsa, Liew Chin Kang, 63, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Difahamkan, mangsa yang berjalan kaki di kawasan berkenaan, cuba melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, bagaimanapun, kenderaan yang melanggar mangsa tiada di lokasi kejadian.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.