Mayat lelaki ditemui di kawasan paya padang golf, Bukit Padang

Kickbola.net
Mayat lelaki ditemui di sebuah kawasan paya padang golf. – GAMBAR HIASAN
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mayat lelaki ditemui di kawasan kelab golf Bukit Padang

Satu mayat lelaki tempatan ditemui di sebuah kawasan paya di padang golf Kelab Sabah Golf And Country, Bukit Padang di sini kira-kira jam 5.45 petang semalam. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, identiti lelaki itu dikenali sebagai Irone Lee Su Chi, 39, beralamat di Kampung Kobusak Penampang berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada mayat tersebut.

Mayat berkenaan ditemui oleh seorang pengawal keselamatan kelab tersebut yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata bahawa polis percaya tiada unsur jenayah terlibat dalam kejadian itu dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau luka.

“Semakan lanjut kemudian mendapati satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga si mati di Balai Polis Penampang pada Sabtu, memaklumkan mengenai mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak 20 Oktober lepas,” katanya lagi.

Difahamkan, lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di Dewan Foo Chow, Luyang dan sering memasuki kawasan padang golf kelab berkenaan untuk mencari bola golf di dalam tasik. Mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth bagi menjalani proses bedah siasat.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.