MH370

Terkini
.

Mayat lelaki mangsa langgar lari ditemui di tepi longkang Jalan Telipok, Tuaran

Kickbola.net
Mayat lelaki ditemui dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari di tepi jalan Telipok, Tuaran
Mayat lelaki dipercayai mangsa langgar lari ditemui di tepi jalan Telipok, Tuaran

Mayat seorang lelaki ditemui dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari.

 Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Supritendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi berkata pihaknya mendapat laporan dari orang awam berhubung penemuan mayat di dalam longkang, tepi jalan Telipok Tuaran kira-kira jam 8 pagi tadi.

Hasil siasatan mangsa, Jally Bin Khali berumur 36 tahun adalah pesakit mental dan masih dalam rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. Menurut abang mangsa, adiknya keluar dari rumahnya di Taman Sri Rugading seorang diri semalam lebih kurang jam 10.30 malam dan saksi tidak tahu ke mana adiknya pergi sehinggalah pagi tadi rakannya memberitahu ada penemuan mayat dalam longkang.


Beliau telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tujuan pengecaman dan mengesahkan si mati adalah adiknya.


Hasil bedah siasat tengahari tadi, mangsa luka di pergelangan kaki dan betis kaki kiri, luka pada telapak tangan kanan, patah peha kanan dan kaki kiri, 3 kesan lebam dan calar di muka dan kesan lebam di belakang badan. Menurut Pakar Patologi Forensik, berdasarkan kesan kecederaan yang pada tubuh badan si mati dipercayai si mati merupakan mangsa langgar lari.


Saksi diminta tampil dan siasatan masih dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat lelaki mangsa langgar lari ditemui di tepi longkang Jalan Telipok, Tuaran Reviewed by admin Ucop on 6:29 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.