Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Segaliud, Kinabatangan

Kickbola.net
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Segaliud, Kinabatangan

Zainal Lulung, 48, Lelaki yang hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menyeberangi Sungai Segaliud, Kinabatangan malam kelmarin. Usaha mencari masih diteruskan.

Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud di Kinabatangan semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata lelaki itu dikenali sebagai Zainal Lulung, 48.


Menurut Rosemidian, dua anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima pangggilan pada pukul 7.56 malam.


Operasi yang turut dibantu penduduk kampung ditangguhkan pada pukul 11.31 malam dan disambung semula pada jam 7 pagi ini, kata beliau ketika dihubungi Bernama.

- Bernama


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.