Sabah Juara Ragbi Piala Agong 2015!

PASUKAN Sabah meraikan kejayaan selepas berjaya mengalahkan pasukan Perak sekaligus menjuarai perlawanan ragbi Piala Agong 2015 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. Keputusan penuh 28-16.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah pertahan kejuaraan ragbi Piala Agong

Play media
SABAH MENANG FINAL PIALA AGONG 2015!
PASUKAN Sabah meraikan kejayaan selepas berjaya mengalahkan pasukan Perak sekaligus menjuarai perlawanan ragbi Piala Agong 2015 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. Keputusan penuh 28-16.
Juara bertahan, Sabah mengekalkan status sebagai pasukan ragbi terbaik negara apabila menewaskan Perak, 28-16 pada perlawanan akhir Piala Agong 2015 di sini, hari ini.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, pasukan Sabah mengumpul 28 mata selepas berjaya melakukan empat try, satu conversion dan dua penalti.

Pada perlawanan sengit itu, Sabah mendahului Perak 10-6 pada separuh masa pertama sebelum Perak bangkit mengutip 10 mata menerusi try Mohd Amir Hadafi Mat Saad pada minit ke-40 dan Mohamad Taufiq Mohd Noor pada minit ke-74.

Namun, Sabah berjaya mengekang kemaraan Perak itu melalui try oleh Badrul Musa @Muktee pada minit ke-44, Serupepeli Naqasima (minit ke-71) dan Wan Azuan Amat (80') selain penalti daripada kapten pasukan, Orene A'ii pada minit ke-70.

Jurulatih Sabah, Bradley Moni Mika berkata kesilapan yang dilakukan oleh pemain pada separuh masa pertama hampir menghukum pasukan berkenaan.

"Kami melakukan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama, sehingga memberi peluang kepada lawan mengimbangi perlawanan. Namun, kami berjaya mengatasi kesilapan tersebut selepas itu.

"Menjuarai kejohanan berkenaan berturut-turut sesuatu yang hebat bagi kami," kata jurulatih Sabah berasal dari New Zealand itu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, berkenan menyampaikan hadiah berbentuk piala dan pingat kepada kedua-dua pasukan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu, dalam aksi penentuan tempat ketiga-keempat, Terengganu menewaskan juara 2013, Johor 40-18. - BERNAMA


Alhamdulillah, Tahniah! Pasukan Ragbi Sabah telah berjaya menundukkan pasukan Perak, dengan permulaan yang baik, mendahului pada separuh masa pertama 10-6.

Pada akhir babak permainan, Sabah berjaya menewaskan pasukan Perak dengan kiraan mata 28 berbalas 16, sekaligus mengekalkan kejuaraan Ragbi Piala Agong yang telah disandang pada tahun lepas.

KEKALKAN KEJUARAAN !

SOS mengucapkan tahniah kepada Pasukan Ragbi Negeri Sabah yang sekali lagi telah berjaya dalam perlawanan akhir kejohanan Ragbi Piala Agong ke-33 tahun 2015 setelah menjuarai kejohanan ini pada tahun lepas.

Pasukan Sabah, pada perlawanan Suku Akhir telah menewaskan pasukan ATM 32 berbalas 15 dan seterusnya mara ke perlawanan separuh akhir lalu berjaya menewaskan Terengganu, 16 berbalas 15.

Ragbi - Final Piala Agong [Fulltime Highlight]

FT | Sabah 28-16 Perak

Tahniah Sabah berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Agong. Penguasaan perlwanan terutamanya pada separuh masa pertama berjaya mengekang barisan pemain Perak untuk mencipta kejutan.

Perak juga tidak menghampakan. Walaupun terpaksa menahan rempuhan padu forward pack Sabah yang cukup cemerlang mempamerkan peningkatan dalam separuh masa kedua, dan hampir mencipta kejutan dengan try pada minit ke 76.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.