Kebakaran Besar di Kg Simunul, Semporna

Kickbola.net
Terkini dari simunul...(Gambar & Video) Kebakaran Besar Babitkan 50 Buah Rumah di Kg Simunul, Semporna, Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kg Simunul Semporna terbakar lagi!

Lebih 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul kira-kira pukul 7.30 malam tadi...namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan...

3 Okt - SEMPORNA : Dianggarkan 50 rumah setinggan atas air di Kampung Simunul, Semporna terlibat dalam satu kebakaran kira-kira 7.40 malam tadi.


Menurut Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendi K Ramin, ketika ini, 21 anggota dan pegawai beserta empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Tawau dan Kunak masih berusaha memadamkan api kebakaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.44 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Kebakaran tersebut membabitkan kawasan seluas 8 ekar.

Dilaporkan kebakaran di Kg Simunul, Semporna sukar dikawal ketika ini berikutan tiupan angin kuat dan jarak rumah yang berdekatan.

Menurut Sumber yang kami terima, Kg Simunul Lorong 3,4 dan 5 yang terbabit dalam kebakaran besar sekarang ini!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.