MH370

Terkini
.

Komedian Raja Lawak Yus Jambu Meninggal dunia

Kickbola.net
Pelakon dan pelawak, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. Satu kehilangan yang mengejutkan namun Tuhan lebih menyayangi bintang kesayangan kita ni. Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Amin. AL-FATIHAH~
Yus Jambu telah meninggalkan dunia akibat sesak nafas.. Salam takziah..

Kami Difahamkan pelawak terkenal negara, Yus Jambu telah meninggalkan dunia akibat sesak nafas.. Salam takziah..

Yussry bin Edoo atau lebih dikenali dengan nama Yus Jambu atau Pak Yus adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanahair, terutama di bidang lawak jenaka.




Ni gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dgn Arwah sebentar tadi jam lebih kurang 10mlm, arwah nampak...
Posted by Yus Jambu on Sunday, November 29, 2015


Anak kelahiran Kangar, Perlis ini mula berjinak-jinak dalam dunia seni di bidang teater yang kemudiannya menceburi bidang lawak jenaka dan lakonan dan namanya mula dikenali ramai di Malaysia serta Brunei dan Singapura.


“Saya masih ingat tahun 2001 saya mula menyertai rancangan Sinaran Passport Kegemilangan anjuran TV3 namun tidak berjaya, dan kemudiannya saya meneruskan kegiatan dalam dunia teater saya,” ujar Yus memulakan bicara.

Minat Yus dalam bidang teater sememangnya dikenali di kalangan peminat teater tanahair dan mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan tahun 2004.

“Kemudian tahun 2007, saya mengambil keputusan mencuba nasib sekali lagi dalam rancangan Raja Lawak yang diperkenalkan oleh Astro untuk musim pertama , dan Alhamdulillah saya menjadi juara, bermula dari situlah nama saya mula dikenali dalam bidang lawak jenaka,” imbas Yus detik mula kariernya.

"Pada musim pertama Raja Lawak itu juga saya mula kenal dan rapat dengan Zamaratul Amri Zakaria atau lebih dikenali dengan nama Taukeh  dan kami bersepakat untuk membentuk kumpulan Jambu.


Pada asalnya Taukeh mencadangkan nama Joper (Johor-Perlis) sebagai mewakili negeri asal kami, kemudian ia ditukar kepada nama Jambu, kerana mewakili muka kami yang 'cute' dan 'jambu'," kata Yus sambil berseloroh.


Kumpulan Jambu terus terlibat aktif dalam pementasan lawak dan menyertai beberapa pertandingan termasuk Maharaja Lawak, Mahajara Lawak Mega, dan Super Spontan.


Dalam penyertaan terakhir pertandingan lawak, Yus bersama Taukeh bergabung dengan Zizan Razak membentuk kumpulan Virus bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014, di mana kumpulan Zero telah menjuarainya.



* Hari lahir Yus ke-39 pada 15 Mac 2015 lalu. Yus meninggal dunia selepas sesak nafas akibat serangan jantung pada 12.15 pagi 30 November 2015 bersamaan 18 Safar 1437H.

Kami di SOS mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan tenang di sana. Al-Fatihah... Berikut adalah persembahan terakhir arwah..



Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua.

UPDATE-1: Maklumat awal mengatakan Yus Jambu mengalami sesak nafas di Hospital Selayang. 



Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini.

al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Tauke Jambu di Instagram rasmi beliau.


Berita sedih ini disampaikan oleh sehabat baik nya Tauke melalui laman sosialnya sebentar tadi .. info penuh akan menyusul. Alfatihah


Sesungguhnya kita milik Allah SWT dan kepada Nya kita kembali.. semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Komedian Raja Lawak Yus Jambu Meninggal dunia Reviewed by admin Ucop on 9:04 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Asalam ..betul kah ni..Ya Allah inalilahiwainahirojiun...ajal dia dah sampai...

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.