Sekitar Banjir kilat di Kota Kinabalu akibat hujan lebat - 8 November 2015

Sekitar Banjir Kilat di beberapa kawasan sekitar Penampang berikutan hujan lebat yang berlarutan sepanjang hari ini. Masalah perparitan juga turut dikatakan punca kepada masalah banjir kilat tersebut. Kepada penduduk sekitar yang sering dilanda banjir diharap sentiasa bersiap siaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Kami juga difahamkan, bencana kini bukan lagi di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara kerana telah diambilalih oleh agensi baru iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaras di semua peringkat.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Beberapa Kawasan Di Kota Kinabalu, Penampang Dinaiki Air

KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beberapa kawasan di Penampang membabitkan Minintod, Bantayan, Bulatan Nanas, dan Kolopis dinaiki air selain berlaku tanah runtuh kecil di kawasan Kasigui.


Menurut pusat gerakan itu keadaan masih terkawal dan ada beberapa jalan di daerah itu masih boleh dilalui.

"Pihak Bomba ketika ini sedang beroperasi bagi mengumpul maklumat mengenai kawasan yang dinaiki air," katanya.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah Abd Razaq Basir berkata kawasan Telipok turut dinaiki air.

Beliau berkata pasukan penyelamat JPAM Sabah juga sedang memantau keadaan banjir di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang termasuk kejadian tanah runtuh.

Di Tuaran, Pegawai Daerahnya Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba memaklumkan beberapa batang jalan di Tuaran yang dinaiki air sudah kembali pulih dan boleh dilalui oleh kenderaan.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, pantai barat Sabah mengalami ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang sementara sebelah malam pula hujan di satu dua tempat.

-- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.