Tahniah RTM Sabah! Menang Kategori Laporan Khas Berita Terbaik Anugerah Skrin 2015.

Laporan Khas Berita Terbaik - Anugerah Skrin 2015. Farizie Morinding @ Odoi Odu Dasni Daud dan semua krew yang terlibat. Satu-satunya wakil daripada RTM yang dicalonkan dalam ‪#‎ASK2015‬. Tahniah gaman gentibung..... Sabah Boleh !!!!

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Live update #ASK2015 - Tahniah kepada Berita Nasional 5 kerana memenangi Laporan Khas Berita Terbaik di Anugerah Skrin 2015

Laporan Khas bertajuk 'Kondosom Guhod' menerusi Berita Nasional 5, oleh Farizie Morinding daripada Unit Berita Ehwal Semasa, RTM Sabah berjaya menewaskan empat calon lain dalam kategori tersebut.

'Kondosom Guhod' membawa kelainan dan memberikan impak kepada juri berbanding calon lain iaitu Edisi 7 (Laluan Ke Bandar), Buletin Utama (Ubat Kebas), Berita TV9 (Pulihkan Harapan) dan Berita TV9 (Seludup Bangkok).


Menurut Farizie ketika ditemubual dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1, " Timbulnya idea untuk mengetengahkan laporan ini sewaktu menghadiri satu majlis rasmi, ketika semua orang fokus dalam kesibukan majlis tersebut muncul seorang nenek berkaki ayam dengan bakul penyandar di bahu yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan"

"Nenek Kondosom Guhod bukanlah siapa-siapa. Dia hanya seorang manusia biasa, namun pengalaman perit hidup era zaman Jepun, serta usaha gigihnya pada usia sebegitu dengan mengusahakan jualan buah-buahan, membuatkan saya tersentuh dan cuba mendekati nenek tersebut untuk berkongsi rahsianya"

Bersama Jurukamera, Dasni Daud, beliau nekad untuk mendapatkan lebih banyak cerita dan pengalaman serta jerih payah yang dihadapi oleh nenek Kondosom Guhod untuk diketengahkan dalam Laporan Khas menerusi Berita Nasional 5.

Walaupun berdepan cabaran demi cabaran untuk mendapatkan berita serta untuk sampai ke rumah nenek itu, mereka tetap meneruskan misi tersebut.

Farizie berpegang kepada semangat perjuangan RTM, lebih-lebih lagi sebagai seorang wartawan dan pengamal media, dia perlu mendapatkan berita walau dengan apa cara sekalipun.

Untuk rekod, Farizie Morinding juga pernah memenangi Anugerah Cerita Terbaik dan Lakonan Terbaik menerusi Drama Pendek Bertajuk 'Odoi Odu' di Astro Kirana Short Film Awards 2008/2009.

Tahniah Buat warga RTM Sabah atas kejayaan memenangi Laporan Khas Berita Terbaik di Anugerah Skrin 2015.

SOS: Ternyata jika orang Sabah diberi ruang dan peluang TATAP ada harapan. Satu²nya wakil daripada RTM yang dicalonkan dalam ASK 2015.


Tu baju tradisi juga paling manang. Proud to be Sabahan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.