Hassan Sani dan James Wong bersetuju menjadi Penolong Pengurus Sabah FA

Perbincangan dengan dua orang lagenda bolasepak kita, Hassan Sani dan James Wong. Kedua-duanya bersetuju untuk menjadi Penolong Pengurus Pasukan Sabah, dan sanggup mencurahkan khidmat, tunjuk ajar dan pengalaman serta suntikan semangat kepada pasukan bolasepak Sabah untuk persiapan musim akan datang.
Dua Lagenda Sabah Perkuat Pasukan Musim Depan – SAFA

Sebagai usaha memantapkan lagi pasukan, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan membawa masuk dua legenda bola sepak Malaysia, Hassan Sani dan James Wong sebagai sebahagian daripada pengurusan pasukan berkenaan, pada musim depan.

T
imbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata kehadiran dua bekas pemain yang pernah menjulang nama Malaysia layak ke Sukan Olimpik pada tahun 1980 itu mampu menyuntik semangat pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2016.


“SAFA ingin mengumumkan dua legenda bola sepak tanah air iaitu Hassan dan James akan terbabit secara langsung bersama pasukan musim depan.

“Bagaimanapun, bidang tugas mereka akan kami umumkan kemudian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak pegawai pasukan dan jurulatih skuad Badak di pejabat SAFA, di sini, kelmarin.


Yang turut hadir, Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil.

Lawrence berkata, pihaknya turut berharap penyokong setia Sabah akan terus memberi sokongan kepada pasukan itu musim depan.


“Sudah pasti, semua pihak mahu yang terbaik untuk musim baru tahun depan dan kami berharap agar penyokong akan terus setia bersama pasukan,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.