Rupanya Gadis dakwa diculik ditemui bersama teman lelaki di Banting, Selangor

Kickbola.net
REMAJA, Nur Amirah Athirah Abdul Majid hilang disyaki dilarikan dari rumahnya dekat Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Nur Amirah Athirah Abdul Majid mengaku bersalah atas tuduhan memberi maklumat palsu dirinya diculik pada 9.12 pagi, 29 Disember 2015, di Bandar Sultan Suleiman Amirah didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda
Gadis dakwa diculik, ditemui di Banting

SHAH ALAM: Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang sebelum ini mendakwa diculik dua lelaki di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu, ditemui selamat di Banting, malam semalam.

Ketika ditemui, gadis itu berada di depan sebuah stesen minyak di Banting bersama-sama seorang pemuda, dipercayai teman lelakinya, kira-kira jam 8 malam tadi.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid hari ini mengaku bersalah atas tuduhan memberi maklumat palsu dirinya diculik pada 9.12 pagi, 29 Disember 2015, di Bandar Sultan Suleiman

Amirah didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, yang dihubungi sebentar tadi berkata, mereka ditemui dalam sebuah kereta oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi menjejaki gadis itu.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi," katanya.



"Remaja itu ditemui bersama seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di dalam sebuah kereta di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

 "Soal siasat ke atas remaja itu menunjukkan mangsa sengaja mereka cerita kononnya dia telah diculik dengan tujuan untuk hidup bebas daripada keluarga," katanya. Beliau berkata mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.


Kehilangan Nur Amirah disedari ibunya Asmah Mamai, 33, petang Ahad lalu selepas wanita itu pulang dari kedai kira-kira jam 2 petang. Ibu mangsa kemudian cuba mencarinya di kawasan sekitar serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.