Bahaya! obor-obor putih berbisa dikesan di Pantai Tanjung Aru

Picture
Orang ramai dinasihatkan tidak memasuki kawasan perairan di pesisir Pantai Pertama, Tanjung Aru berikutan kewujudan Obor-Obor Putih yang dikenalpasti beracun serta membahayakan nyawa.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Bahaya! Kanak-kanak lumpuh seketika disengat obor-obor putih berbisa

Kejadian di Tanjung Aru Beach bila seorang kanak-kanak lumpuh seketika kerana terkena sengatan balung atau obor-obor berbisa.


Pada 2 Januari lalu, Seorang kanak-kanak perempuan lumpuh seketika akibat terkena sengatan balung iaitu sejenis obor-obor berbisa ketika mandi bersama enam rakannya di Pantai Tanjung Aru, di sini, pada sebelah pagi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 11 pagi, kanak-kanak berumur 12 tahun yang juga murid sebuah madrasah di Kampung Tanjung Aru, di sini, disengat di pergelangan kaki kanan menyebabkannya tidak dapat berdiri.

Difahamkan, jejari hidupan marin itu melekat pada kaki kanak-kanak berkenaan, menyebabkannya berasa pedih sebelum bertindak menggarunya, namun jejari obor-obor terbabit turut melekat di tangannya.

Berikutan itu, kanak-kanak terbabit meminta tolong rakannya yang kemudian mengangkatnya dengan dibantu pengunjung lain ke tepi pantai sebelum seorang daripada mereka menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ordine Gilu, ketika dihubungi berkata sepasukan anggota unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 11.32 pagi.

"Anggota bertugas menggunakan cuka untuk membersihkan sisa sengatan pada kaki dan tangan mangsa sebelum membawanya ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.


Difahamkan, balung atau Box Jellyfish, banyak didapati di kawasan perairan berhampiran pantai ketika musim panas dan kehadirannya tidak disedari mangsa berikutan keadaannya sukar dilihat kerana lut sinar.

Baru-baru ini amaran untuk sebarang aktiviti air di Pantai Tanjung Aru telah pun di keluarkan kerana terdapat obor-obor berbisa.

Sebagai makluman obor-obor sangat berbisa ia menyengat mangsa melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa dan dalam masa hanya 15 minit sahaja boleh menyebabkan kematian.

Hati-hati ya.


Pandang, tarik nafas dan hembus bertenanglah nikmatilah keindahan di pantai Tanjung Aru.

SOS: Berhati-hatilah ketika anda atau ketika anda membawa anak-anak anda mandi di pantai.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.