Pelajar Sabah di UKM ikat perut berjimat hingga usus terkoyak

Seorang penuntut Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia cedera usus selepas ‘mengikat perut’ beliau. — Foto paparan skrin Google Street View
Kesempitan wang, pelajar UKM ‘ikat perut’ hingga usus terkoyak

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Kerana kesempitan wang dan terpaksa berjimat cermat, seorang penuntut Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa “mengikat perut” sehingga ususnya tercedera.

Penuntut perempuan daripada Sabah itu berkata, kesempitan wang tidak hanya berlaku di peringkat ijazah, malah sejak di peringkat asasi lagi.

“Saya pernah alaminya ketika berada di matrik. Akibat kurang makan, usus terkoyak dan membuatkan saya muntah darah.

“Doktor nasihatkan saya makan dan jika meneruskan tabiat tidak makan saya berisiko mendapat kanser usus. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa kerana duit tidak ada,” kata gadis yang dipanggil Nur itu, dipetik laporan Harian Metro.

Kata Nur, duitnya hanya tinggal RM150 selepas wang hasil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran, dan melangsaikan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.

Katanya, beliau tidak sanggup meminta wang daripada ibunya di Sandakan yang mengambil upah menjahit, malah ayahnya yang dahulunya nelayan kini tidak bekerja kerana tangan dan kaki tidak boleh bergerak.


Untuk menahan lapar, Nur terpaksa ke masjid untuk menenangkan diri sambil membaca al-Quran.

“Biarlah saya tidak makan asalkan saya boleh kuatkan diri dengan Tuhan.

“Lagipun saya tidak boleh melihat makanan terhidang ditambah dengan ketiadaan duit. Saya pernah berniat berhenti belajar dan mahu cari kerja untuk tolong mak ayah,” katanya.

Seorang lagi pelajar tahun pertama Sarjana Muda Komunikasi Media pula berkata, beliau kerap tidak datang ke kelas kerana mengalami gastrik selepas mengikat perut.

Shakira, bukan nama sebenar, 20, berkata, beliau terpaksa berjimat RM30 seminggu untuk perbelanjaan makan minum termasuk pembelian buku nota dan barang keperluan lain.


“Saya rela lapar dan jujur saya beritahu, pakaian yang saya pakai semuanya miliki kakak serta baju kurung untuk kuliah juga diberi jiran di kampung,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.

Berikut merupakan maklumbalas daripada Persatuan Mahasiswa/i Sabah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): - 


Assalamualaikum || Berkenaan isu Student UKM Koyak usus disebabkan ikat perut akibat kesempitan wang.

1.keadaan adik ini.. Berjumpa dengan beliau 2 hari lepas (sewaktu isu ni jadi viral) Alhamdulillah, Nur sihat2 belaka.

2. usus koyak? Berkenaan dengan usus koyak tu, tu adalah kejadian sewaktu beliau berada di Matrikulasi dahulu dan ramai telah tersalah anggap bahawa kejadian usus terkoyak itu adalah semasa beliau berada di UKM. Adik ini juga sebenarnya mempunyai gastrik sejak tingkatan 1 lagi.

3, knp masuk news? Adik ni sebenarnya tidak mahu cerita ini diviralkan tetapi ia viral apabila reporter telah publishkan news ini. Admin difahamkan yang reporter tersebut merupakan alumni Masscom UKM. Adik ini tidak tahu pun akan kena iv oleh reporter. Apa yang adik ini difahamkan , ada pihak yang ingin memberikan bantuan tetapi dengan syarat kena iv dahulu.

4. Berdikari? Part Time? Zakat? FFM? - Untuk pengetahuan semua adik ini merupakan pelajar tahun pertama semester pertama di UKM. Rasanya no wonder adik ini belum tahu selok belok berkenaan penjanaan pendapatan tambahan sebagai seorang siswi. - Selepas berjumpa dengan MEP Kajai dan Pengetua Kajai, saya difahamkan adik ini telah mengajukan permohonan zakat pada awal bulan Oktober dahulu tetapi still dalam prosess. Selepas Nur, rujuk pada pusat zakat ukm minggu lepas. Pihak Zakat meminta Nur untuk menyemak acc pada minggu hadapan. - Beliau sering kali juga pergi ke FFM untuk mendapatkan makanan percuma. Namun akibat daripada bilangan makanan yang terhad adik nur kadang2 tidak mendapat makanan tersebut.

5. Kesempitan wang?? adik ni memang mengalami masalah kewangan sepertimana yang dialami oleh kebanyakan pelajar. sehingga terpaksa menaham makan dan mengehadkan perbelanjaan beliau.

6. Bantuan? alhamdulillah, sampai sekarang banyak pihak yang maju untuk memberikan sumbangan tidak kira berbentuk motivasi mahupun wang perbelanjaan dan sebagainya. Ramai pihak yang menghubungi kami (PERMIS UKM) untuk berhubung dan memberikan bantuan dengan adik Nur ini. Terima Kasih juga kepada Barisan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai, Persatuan Siswazah Sabah di Semenanjung - G3S dan HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan) kerana cakna dengan isu-isu kebajikan pelajar serta bantuan daripada individu2 lain yang tidak dapat kami nyatakan.

7. Contact No. adik Nur. bagi mengelakkan persediaan beliau untuk menghadapi peperiksaan minggu hadapan (selasa, khamis, jumaat) terganggu , adik Nur meminta kami untuk tidak memberikan contact no. kepada sesiapa pun.

8. Kami daripada Persatuan Mahasiswa/i Sabah UKM (PERMIS UKM )mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang menghulurkan bantuan kepada adik Nur ini. Kami juga berharap isu ini tidak dipolitikkan dan tidak diperpanjang bagi memberikan ruang kepada adik ini untuk fokus kepada peperiksaan beliau. Kepada yang menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar, berfikir2 dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Bak kata pepatah , terlajak perahu boleh undur, terlajak kata??

Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan rakan-rakan PERMIS diluar sana yang tak henti menanyakan keadaan semasa adik nur ini. Semoga kejadian ini membuka mata kita untuk lebih alert dengan isu-isu seperti ini kerana tidak semua pelajar datang dari keluarga yang senang. ‪#‎spreadthelove‬ ‪#‎permisukm‬ ‪#‎stopviralkan‬ ‪#‎guudluckxm‬ admin minta maaf jika ada ayat atau perkataan yang kasar sepanjang menulis entry ini. YDP Permis 2015/2016

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.