MH370

Terkini
.

Rayani Air luas operasi KL - Kota Kinabalu bermula 1 Februari 2016

PESAWAT Rayani Air disembur dengan pancuran air sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Rayani Air luas operasi ke Kuching, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU 1 Feb. – Rayani Air Sdn. Bhd., syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia hari ini memulakan penerbangan sulungnya bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, laluan ketiga selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

Ketibaan pesawat Boeing 737-400 dengan muatan penumpang kira-kira 70 peratus pada 11.10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah syarikat penerbangan itu yang menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik yang sela­ri dengan usaha kerajaan untuk merancakkan industri pelancongan dalam negara.

“Ini merupakan satu langkah logik untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi global yang begitu mencabar,” katanya.

Beliau berkata masih ramai rak­yat Malaysia yang belum mengenali keindahan dan keunikan negara sendiri.

Katanya, pelancongan domestik perlu terus digalakkan dan penerbangan Rayani Air ke Sabah dapat membantu rakyat Malaysia mengenali negeri ini dengan lebih baik.



Katanya, Sabah menawarkan banyak produk pelancongan termasuk pelancongan alam semulajadi seperti mendaki Gunung Kinabalu, pulau-pulau peranginan untuk aktiviti selaman dan kebudayaan.

Masidi berharap Rayani Air akan sentiasa mengutamakan kualiti perkhidmatan termasuk dari segi ketepatan masa agar setara dengan perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang lain.



Beliau turut mencadangkan syarikat penerbangan itu meluaskan laluannya ke bandar-bandar utama di Sabah seperti Tawau dan Sandakan.



Sementara itu, Pengarah Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran meminta pengguna di Sabah agar terus menyokong syarikat penerbangan itu dalam usahanya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. – BERNAMA


Rayani Air luas operasi KL - Kota Kinabalu bermula 1 Februari 2016 Reviewed by admin Ucop on 11:59 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.