Sabah FA jadi Lauk KL tewas 4 kali berturut

PEMAIN Kuala Lumpur, Konte Modibo (kiri) diasak pemain Sabah, Alto Tinus pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam tadi. - Foto BERNAMA
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Giliran KL duduki tangga teratas Liga Perdana


KUALA LUMPUR: Skuad warga kota mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Perdana musim ini selepas menewaskan Sabah 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam tadi.

Skuad Kuala Lumpur bermula garang apabila memanfaatkan kesilapan pertahanan pelawat yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti dan Mohd Zhafri Yahya merembat deras dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan pada minit kedua.

Sabah tersentak lagi apabila percubaan kedua tuan rumah melalui rembatan Anselmo Arruda menerjah gawang yang dikawal Mohd Fadzley pada minit keempat, sekali gus membuatkan The Hawks selesa dengan kedudukan 2-0 dengan perlawanan baru berusia lima minit.

Babak kedua bersambung, tindakan Fahrul Razi yang melakukan kekasaran ke atas Alto Tinus membolehkan pelawat dihadiahkan penalti dan disempurnakan oleh Marco Tulio, yang merapatkan jurang kepada 2-1 pada minit ke-70. Di Stadium Hang Jebat, PKNS berjaya meraih kemenangan kedua Liga Perdana selepas menang selesa 3-1 ke atas Sime Darby.

Gol pertama Sime Darby dijaringkan Kapten Pasukan, Mateo Roskam pada minit ke-36, yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, G Jeevanathan. Gerakan menarik pada babak.

Anak buah Ghani Malik sekali lagi dihukum apabila Gabriel Guerra meledak dua gol pada minit ke-64 dan 88. Di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, tuan rumah Perlis terpaksa menunggu hingga minit ke-74 sebelum menewaskan Kuantan FA 1-0. Jaringan tunggal perlawanan diledak Vincent Kayne, yang memastikan tiga mata penuh buat skuad kendalian Dollah Salleh.

Di Stadium Proton City, Tanjung Malim, tuan rumah DRB-Hicom menang selesa 4-1 mengatasi UiTM FC.

Keputusan Liga Perdana malam tadi:

DRB-Hicom 4 UiTM FC 1

JDT II 5 ATM 1

KL 3 Sabah 2

Perlis 1 Kuantan FA 0

PKNS FC 3 Sime Darby 1

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.