Sabah FA lemah dimalukan DRB-Hicom 0-2 di Stadium Likas

Di Stadium Likas, Sabah terus kempunan memburu kemenangan pertama sebaliknya dimalukan DRB-Hicom 2-0 di hadapan hampir 3,000 penyokong sendiri, dihukum menerusi jaringan Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-38 dan Nazri Mohd Kamal minit ke-72. Foto : Augustine Jumat & Jaiman Taip
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



DRB-Hicom malukan Sabah di Likas


LIKAS: Hasrat Sabah untuk mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana tidak kesampaian apabila dimalukan DRB-Hicom 0-2 di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, pasukan tuan rumah dilihat sukar memecahkan benteng pelawat, sebaliknya mereka dihukum akibat kelalaian di bahagian pertahanan.

Muhammad Fakrul Aiman Sidid meletakkan DRB-Hicom di depan menerusi rembatan deras pada minit ke-38 selepas berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan lawan.

Bermula babak kedua, skuad Badak cuba bangkit namun kekentalan pertahanan DRB-Hicom yang diketuai Godwin Antwi Birago berjaya mematahkan setiap serangan tuan rumah.

Pasukan pelawat kemudian melengkapkan kemenangan 2-0 menerusi rembatan jarak jauh Muhammad Nazri Mohd Kamal yang terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.