MH370

Terkini
.

Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan!

IMEJ paparan yang dikeluarkan US Geological Survey (USGS). - Foto EPA . Update Terkini !!- Maklumat Gempa Bumi Satu gempa bumi kuat telah berlaku pada 8:49 PM 02/03/16, 4.9°S 94.4°T dengan magnitud 7.9 di Barat daya Sumatera, 649km barat daya Siberut,Indonesia.1163km barat daya Port Dickson,Negeri Sembilan.Gegaran dirasai Selangor dan Johor.. MMD
Indonesia keluar amaran tsunami susulan gempa kuat

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud telah melanda pesisir barat Sumatera, Indonesia kira-kira 8.50 malam ini.

Dalam perkembangan yang sama, Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan barat Sumatera, Utara Sumatera dan Aceh akibat dari gempa terbabit.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat dan cetek di luar pesisir pantai barat Sumatera, kawasan yang teruk dilanda tsunami pada 2004.

Menurut Agensi Meteorologi Nasional, amaran itu dikeluarkan untuk Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh selepas gempa bumi 7.9 magnitud.

Menurut USGS, pusat gempa ialah 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.

Tiada laporan segera berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa.

Laporan awal menyatakan kekuatan gempa bumi itu ialah 8.1 magnitud. - ReuterS


Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan! Reviewed by admin Ucop on 6:26 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.