Penyokong minta Matlan Marjan Selamatkan Sabah FA!

Foto Gambar Terkini Matlan Marjan badan sudah berisi, pergerakan tidak setangkas dahulu namun lorongan bola beliau amat menarik!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Matlan Marjan Langkah terakhir Selamatkan Sabah FA!


Sampai Bila ‪Matlan Marjan‬ harus dihukum ? Menjadi ikon bola sepak Sabah suatu ketika dahulu. Kelincahan dan tekniknya diatas padang belum ada pengganti. Ke mana Pengurusan Sabah FA dan FAM meletakkan Beliau?

MATLAN MARJAN Nama yang tidak asing kepada semua penggemar Bola Sepak khususnya penduduk negeri di bawah bayu SABAH..Admin tidak perlu menulis tentang jaringan gol beliau dalam perlawanan persahabatan menentang England juga bagaimana beliau bersama rakan membawa Piala FA ke Sabah atau bagaimana penuh sesaknya Stadium Likas setiap kali Sabah beraksi ketika itu.

Beliau menjadi watak penting dalam bolasepak Msia era 90an telah dikenakan penggantungan seumur hidup atas penglibatan dalam skandal rasuah bolasepak Malaysia harus diberi peluang kedua untuk menurunkan ilmu dan pengalaman bolasepak mereka kepada pasukan Negeri dan Negara. Beliau tidak sepatutnya dipersalahkan 100% sedangkan dalang dan bookie sebenar masih bebas.

Selepas 22 tahun "Digantung tak Bertali", HARI INI beliau masih aktif bermain bola sepak.

TAHU KENAPA ? Kerana dunia Matlan Marjan adalah bola sepak dan ia sudah menjadi sebati dengan dirinya.

MOHON berilah peluang sekali kepada beliau untuk menebus kesalahannya dengan mencurahkan ilmu dan pengalamannya kepada pemain muda hari ini.

Buat semua yang menyokong usaha ini mohon Viralkan dengan harapan pihak yang berkenaan diberikan ilham untuk menjemput Matlan Marjan mencurah bakti ketika kudratnya masih bertenaga.


Ramai yang beranggapan saudara Matlan Marjan masih boleh menyumbang sesuatu dalam pasukan Bolasepak Sabah.

Sudah tiba masanya beliau dimaafkan!

Matlan Marjan juga pernah mengharumkan nama negara dan negeri Sabah.

Sampai bila beliau perlu dihukum? tatkala pemain-pemain lagenda yang lain seperti Dollah saleh dan Zainal abidin selalu berhubung dengan beliau dan selalu bermain friendly bersama hingga kini.

Masakan SAFA lupa detik-detik manis dan bersejarah dalam hidup seorang bekas penyerang sensasi kebangsaan/sabah Matlan Marjan.

2 gol beliau ketika menyarung jersi pasukan kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang england pada 12 jun 1991 telah menaikkan namanya sebagai antara penyerang berbisa di Negara ketika itu.

Apa kata SAFA ambil beliau sebagai pembantu/penolong kepada jurulatih Simunic.

Idea dan pengalaman beliau pasti boleh digunakan untuk menaikkan semula Pasukan Sabah FA.

Pengkritik sukan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, bola sepak negara ketandusan pakar atau individu berpengalaman menyebabkan mutu sukan nombor satu itu semakin merudum.

Beliau berkata FAM seharusnya memberi peluang kepada pemain yang digantung 22 tahun lalu untuk menabur bakti kepada pasukan mereka.

Sampai bilakah FAM berkeras untuk tidak membenarkan pemain terbabit menabur bakti kepada bola sepak negara.


Maafkanlah mereka dan terima kembali kerana bola sepak memerlukan idea dan ilmu daripada pemain yang amat berpengalaman bermain diperingkat antarabangsa seperti Matlan Marjan.

Legenda Sabah ini dikhabarkan pernah memohon dikurangkan hukuman sebab mahu membimbing skuad muda negeri ini tapi tidak diendahkan.


Berikut merupakan luahan daripada penyokong Sabah FA sendiri yang menginginkan kudrat lagenda Sabah ini yang sebanyak mungkin boleh membantu keadaan situasi pasukan Sabah FA yang diambang kejatuhan berpotensi untuk jatuh ke Liga FAM untuk musim 2017 setelah tewas 4 perlawanan berturut!

Kasi la peluang bha... Cukupla hukuman yg sudah dia terima, mmg betul saya setuju rasuah adalah jenayah terbesar dlm...

Posted by Bam Beckham on Wednesday, March 2, 2016

Matlan Marjan wajar diberikan peluang untuk menjadi jurulatih Sabah. Apa pendapat anda?

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Iya seharusnya beliau diberikan peluang bila lagi kita ubah kalau bukan dari sekarang mana tau beliau dapat mengubah lebih baik pasukan bola sepak sabah keep strong matlan marjan for me u are no one and make everyone proud of u kisah lama biar la yg lama

    ReplyDelete