Sabah longlai dihadapan 10 Ribu penonton sendiri dijinakkan Kedah 2-1

‪#‎SuperBestPowerPialaFA‬ Kedah membawa bekalan tipis ke Darul Aman nanti apabila menang 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Igor Cerina memberi Sabah peluang untuk mengatasi defisit kekalahan 1-2 pada pusingan kedua di Kedah dengan jaringan pada saat terakhir perlawanan malam tadi di Stadium Likas. Pusingan kedua akan berlangsung pada April 1 di Stadium Darul Aman.
Piala FA: Kedah tundukkan Sabah 2-1

KOTA KINABALU: Kedah mencerahkan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas menjinakkan Sabah 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Pertahanan Kedah, Bang Seungwhan meletakkan skuad Helang Merah di depan apabila menyudahkan hantaran Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat babak pertama. Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan memperlahankan sedikit rentak permainan, namun Sabah dilihat lebih menguasai menerusi beberapa serangan bahaya.

Bagaimanapun, skuad Helang Merah menghukum tuan rumah menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-69 selepas mudah menyepak masuk hantaran Azmeer Yusof untuk menjadikan kedudukan 2-0.

 Bagaimanapun, Sabah menghidupkan sedikit peluang mereka apabila Igor Cerina menanduk masuk sepakan percuma Randy Baruh Samson pada masa kecederaan. Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Mohd Amirul Izwan Yaacob meniup wisel penamat dengan Kedah kini memiliki kelebihan untuk aksi kedua di Stadium Darul Aman pada 1 April ini.





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.