MH370

Terkini
.

2 lelaki ditemui maut ditembak dalam kenderaan di Jalan Foh Sang Luyang

KENDERAAN dua lelaki yang ditemui mati dipercayai ditembak di tepi Jalan Kolam dekat Luyang, Kota Kinabalu, pagi tadi.
2 maut ditembak di Kota Kinabalu, pacuan empat roda mangsa didaftar di Sibu

KOTA KINABALU: Dua lelaki ditemui mati, dipercayai ditembak, dalam sebuah Toyota Land Cruiser di tepi Jalan Kolam dekat Luyang, di sini, jam 8.15 pagi tadi.

Dua lelaki ditemui mati ditembak dalam pacuan empat roda di tepi jalan, di Jalan Kolam, Luyang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai berasal dari Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dinaiki tiga lelaki dalam perjalanan dari Bukit Padang ke pusat bandar dan ketika itu keadaan lalu lintas agak sesak.

Sebaik tiba di lokasi berhampiran stesen minyak, sebuah motosikal ditunggang dua lelaki dipercayai terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin di bahagian pemandu.

Akibat tembakan itu, pemandu dan penumpang depan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri.

Kenderaan mangsa yang hilang kawalan turut merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita namun wanita itu tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.


  Ting Wen Hou




 Hii Lam King

Mangsa kemudian dikenali sebagai Ting Wen Hou, 23 dari Sungai Merah, Sibu, Sarawak manakala seorang lagi mangsa, Hii Lam King, 36 dari Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.


Kelihatan sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sabah berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.


Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek menunggang sebuah motosikal.

Ketika ini, sepasukan anggota polis dan unit forensik masih menjalankan siasatan di lokasi.



2 lelaki ditemui maut ditembak dalam kenderaan di Jalan Foh Sang Luyang Reviewed by admin Ucop on 4:24 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.