Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Layak Ke Perlawanan Akhir Bagi Tahun Kedua Piala Tun Sharifah Rodziah 2016!

Piala Tun Sharifah Rodziah - FAM Wanita. Wanita Sabah Layak Ke Perlawanan Akhir Bagi Tahun Kedua Piala Tun Sharifah Rodziah 2016. Taniah!
Rangkuman aksi separuh akhir: Sabah, MISC tentukan juara Piala Tun Sharifah Rodziah 2016

Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah berjaya ke peringkat akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Kedah 5-0 dalam saingan separuh akhir petang tadi.

Juara 11 kali kejohanan bolasepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR), Sabah bakal berentap dengan juara bertahan, MISC pada aksi final di Padang 1, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Sabtu (16 April) ini selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir.

Sabah yang memburu gelaran ke-12, berjaya menundukkan pasukan baharu, Kedah 5-0 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Padang 2, UUM, petang tadi.  Penyerang berbisa, Nurul Azurin Mazlan memecah kebuntuan seawal minit ke-11 untuk kedudukan kekal 1-0 hingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Smith M Ampuling itu terus menambah duka skuad Hijau Kuning menerusi jaringan Yasrika Laura Tumas (m-44), Shereilynn Elly Pius (m-45), Nurul Azurin Mazlan (m-48) dan Usliza Usman (m-52).

Sementara itu, di Padang 3, UUM, MISC bimbingan Ananthan M Raman pula mencatat kemenangan selesa ke atas Sarawak 3-0. Pemain sayap, Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri membuka tirai jaringan pada minit ke-7 sebelum penyerang, Haindee Mosroh menjaringkan dua gol (m-27 & m-34).

Gol Sabah dijaringkan oleh Shereilyn Elly, Usliza Usman, Yastrika Laura Tumas dan Nurul Azurin Mazlan menambah dua gol untuk satu kemenangan yang selesa.


Sabah akan menentang MISC di perlawanan akhir pada Sabtu (April 16) di Universiti Utara Malaysia.


KEPUTUSAN HARI INI


SEPARUH AKHIR



SABAH 5

Nurul Azurin Mazlan 11’ 48’

Yasrika Laura Tumas 44’

Shereilynn Elly Pius 45’

Usliza Usman 52’

KEDAH 0



MISC 3

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 7'

Haindee Mosroh 27' 34'

SARAWAK 0



JADUAL HARI SABTU (16 APRIL 2016)



PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

8.00 pagi: Kedah lwn Sarawak (Padang 1, UUM)

FINAL

4.45 petang: Sabah lwn MISC (Padang 1, UUM)


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.