7 anggota bomba bersama jentera terhumban ke sungai di Kampung Korina, Sikuati, Kudat

TUJUH anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui patah, dalam kejadian di Kampung Korina, Sikuati, Kudat. - Foto ihsan pembaca

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



7 anggota bomba selamat jentera terhumban ke sungai


KUDAT: Tujuh anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki terhumban ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui patah, dalam kejadian di Kampung Korina, Sikuati, Kudat, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, jentera bomba itu dikatakan dalam perjalanan memadamkan kebakaran lalang di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Khairul Azuwan Ibrahim, mengesahkan kejadian itu berkata tiada kecederaan dialami anggota bomba yang terbabit.

“Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk memadam kebakaran lalang di kawasan Sikuati, selepas balik dari operasi memadam kebakaran di tempat lain sebelum itu,” katanya di sini sebentar tadi.

Khairul Azuwan berkata, kejadian seperti itu adalah antara risiko dihadapi anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas mereka.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.