MH370

Terkini
.

Remaja lelaki hilang ditemui lemas di Empangan Babagon, Penampang

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati lemas di empangan Babagon, Penampang, Sabah tengahari tadi. Mangsa dikenali Ho Su Lip,17 tahun ditemui pasukan bomba jam 12.07 minit tengahari tadi.
Mayat remaja lelaki ditemui lemas di Empangan Babagon

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Empangan Babagon, petang semalam, ditemui lemas tidak jauh dari lokasi dia dipercayai hilang, tengah hari tadi.

Mayat mangsa, Ho Su Lip, 17, ditemui di dasar empangan sedalam tujuh meter itu dalam keadaan terlentang.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama beberapa rakan dan adik-beradiknya pergi ke empangan itu untuk memukat kira-kira jam 3 petang.

Lokasi mereka memukat itu dikatakan terletak kira-kira 25 meter dari tebing empangan sekali gus memerlukan mereka berenang ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang juga orang terakhir berenang ke lokasi dikatakan hilang tiba-tiba sebelum sampai ke tempat mereka memukat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohammad Akramin Sakirun, berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pada jam 12.07  tengah hari.

"Dalam kejadian semalam, mangsa dikatakan orang terakhir berenang ke lokasi untuk memukat sebelum rakan mereka menyedari mangsa tiada di belakang mereka.


"Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dasar empangan berkenaan," katanya di sini sebentar tadi.Beliau berkata, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang, semalam, sebelum tiba di lokasi pada jam 6.35 petang.




Remaja lelaki hilang ditemui lemas di Empangan Babagon, Penampang Reviewed by admin Ucop on 6:01 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.