Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah - Univeristi Cambridge

Pokok jenis Meranti Kuning itu berketinggian 89.5 meter, hampir sama dengan menara jam Big Ben di London. Kalau tak larat mendaki Gunung Kinabalu, marilah merentas hutan untuk mencari pokok ni. - Lokasi Tawau Hills Park, Sabah

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Hutan hujan tropika Malaysia ialah antara yang tertua di dunia dengan usia mencecah 130 Juta tahun.

Bukan 1, 2 atau 3, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.


Dalam beberapa ekspedisi bermula 2005, Brett Mifsud, Tom Greenwood, Roman Dial dan pemandu arah tempatan Roslizan dan Suati telah mencatatkan beberapa rekod pokok Tropika terbesar di dunia.

Picture
Mifsud ialah orang pertama yang menemui dan menghalakan laser pada "Poko gergasi", Shorea fagueteana dari family dipterokap berketinggian 88.32m (290 kaki).

Berhampiran dengan pokok ini, mereka turut menjumpai sebatang pokok Shorea fagueteana berketinggian hampir 88.16 m.


Rekod baharu itu didedahkan pakar ekologi terkenal, Greg Asner dari Carnegie Institute of Science berpusat di sini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Nadi’ Borneo Antarabangsa 2016 di Kota Kinabalu hari ini.

Picture
Jurnal New Scientist melaporkan pokok Meranti Kuning itu, atau nama saintifiknya shorea faguetiana, berukuran 89.5 meter tinggi, hampir sama tinggi dengan menara jam Big Ben di London.

Awal tahun ini sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan menjumpai sebatang pokok setinggi 89.5 meter di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.

Ia merupakan hutan yang dilindungi pihak Jabatan Perhutanan Sabah, namun rekod itu dipintas hasil penemuan terkini dijalankan pasukan Asner pada Mei lalu di kawasan hutan berbukit Lembah Danum dekat Lahad Datu.

Pokok raksasa terbaharu itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.

Picture
Rasmi 50 Pokok Tropika Tertinggi Dunia Ada Di Sabah

Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.

Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS.


Asner dalam pada itu menyatakan, saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekali gus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.

Pasukannya menggunakan sebuah pesawat Carnegie Institute of Science Airborne Observatory yang dilengkapi dengan laser canggih untuk menjalankan kerja pengukuran pokok di hutan Sabah.

Sepasukan pengkaji dari University of Cambridge percaya mereka menemui pokok hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia di Lembangan Maliau Basin, sebuah kawasan konservasi hutan berkeluasan hampir 600 km persegi di Sabah.


Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Bagaimanapun, pokok tertinggi di dunia berukuran 115 meter adalah di Taman Negara Redwood, California, di mana pokok di kawasan ini kebiasannya mencecah 30 meter lebih tinggi daripada pokok tropika.

Pokok di Sabah itu dikesan pengimbas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki pengkaji David Coomes dan rakan-rakannya, ketika mereka menjalankan penggambaran 3D bagi pemetaan biodversiti kawasan Maliau Basin.


New Scientist melaporkan seorang pendaki pokok tempatan ditugaskan naik sehingga ke puncak pokok itu dengan membawa pita pengukur. Beliau kemudian menghantar pesanan ringkas telefon bimbit kepada pasukan Coomes: “Saya tidak sempat mengambil gambar dengan camera yang bagus kerana seekor burung helang sedang cuma menyerang saya, dan juga banyak lebah berterbangan”. Pokok Meranti Kuning semakin pupus disebabkan aktiviti pembalakan oleh pengusaha minyak sawit, kata jurnal itu.

“Pembalakan merupakan masalah besar di Malaysia, di mana hutan Malaysia menerima kesannya selama 40 tahun,” kata Coomes.


Kerajaan Sabah baru-baru ini mengumumkan pemulihan sebuah kawasan hutang yang ditebang, yang terletak di bahagian timur di mana pokok tertinggi itu ditemui.

Coomes berkata sesebuah hutan boleh dipulihkan dalam tempoh 50 hingga 100 tahun.

Pelbagai flora dan fauna baru masih ditemui penyelidik sehingga ke hari ini. Ada di antaranya dipercayai dapat mengubati kanser.


Sungguhpun begitu kawasan hutan yang masih belum disentuh manusia semakin mengecil.

Di Lembangan Maliau Sabah, pokok tropika tertinggi pernah dicatatkan telah ditemui.

Pokok Meranti Kuning setinggi 89.5 meter ditemui oleh penyelidik dari Univeristi Cambridge.


Ia lebih tinggi berbanding panjang pesawat terbesar di dunia Antonov An 225 Mriya (84 meter).


Pokok ini adalah 1.2 meter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini yang juga merupakan pokok Meranti Kuning yang ditemui di Taman Negara Bukit Tawau.


Rekod pokok tertinggi di dunia dipegang oleh pokok Redwood setinggi 115.61 meter yang boleh ditemui di Redwood National Park California.


Lembangan Maliau ialah antara tapak yang ingin diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Dengan penemuan ini diharap kita lebih menghargai hutan tropika yang teruk diancam pembalakan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.