Selamat Datang Everton Souza Santos!

Everton Souza Santos berjaya menambat hati pasukan Sabah dan telah menandatangani kontrak selama 6 bulan bagi melengkapi saingan pusingan kedua Liga Perdana 2016
Persatuan Bola Sepak Sabah FA telah mengesahkan penyertaan Everton Souza Santos dari kelab Oman, Al-Musanah Sports Club ke dalam skuad Liga Perdana Sabah petang tadi.

Picture

Kontrak 6 bulan pemain Brazil itu ditandatangani di pejabat SAFA dan disaksikan oleh Timbalan Presiden 2, Datuk Lawrence Gimbang dan Pengurus Pasukan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Datuk Nizam berharap yang Everton akan memberi impak di bahagian tengah Sabah dan sekaligus membantu menaikkan kedudukan Sabah apabila liga diteruskan semula pada bulan Julai depan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date