Kemalangan Bas TUT di hadapan simpang ke Masjid UMS

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. SOS baru sahaja mendapat makluman bahawa bas T.U.T yang membawa penumpang telah mengalami kemalangan dan terbalik di hadapan simpang jalan ke Masjid UMS. Mogo tiada apa apa yang berlaku kepada mahasiwa mahupun pemandu bas berkenaan. Keadaan bas dinaiki 34 pelajar UMS yang terbalik di dalam kawasan UMS Kampus Kota Kinabalu.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kemalangan Bas TUT di hadapan simpang ke Masjid UMS. Bas terbalik, 34 pelajar UMS cedera


Sebuah bas TUT telah terbabas kira-kira 4:40 petang di simpang jalan yang berdekatan dengan masjid dan Kolej Kediaman AB.

KOTA KINABALU: Seramai 34 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas di jalan berhadapan simpang pejabat pentadbiran universiti itu di sini, petang kelmarin.

Nahas kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika bas sewa itu menuruni laluan berbukit sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata 23 pelajar yang cedera ringan menerima rawatan di Klinik Warga UMS, manakala 11 lagi dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, pemandu bas terbabit yang berusia 34 tahun hanya cedera ringan di bahagian siku tangan kiri.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada brek bas ekspres terbabit yang gagal berfungsi sehingga menyebabkan ia terbabas ketika menuruni bukit.

"Pemandu bas terbabit tidak disyaki mabuk namun sampel darahnya telah diambil untuk siasatan lanjut," katanya di sini, sebentar tadi. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semua pelajar telah dikejarkan ke hospital dengan serta merta. Bas yang menuruni jalan canselori secara laju terbabas apabila tidak dapat brake.

Tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Pelajar yang cedera teruk dibawa ke hospital likas.. mnakala yg cedera ringan dibwa ke pusat rawatan warga ums..

Semoga para penumpang yang terdiri daripada majoritinya mahasiswa UMS dalam keadaan yang baik.

UPDATE: Kemalangan yang berlaku Berdekatan dgn masjid UMS petang tadi. Sekitar 5.00pm. 23 org students dihantar ke Pusat Rawatan Warga UMS & selebihnya 11 orang students ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.