Gempa bumi lemah 4.0 Skala Richter gegar Ranau pada pukul 9.39pagi tadi!

Gempa Bumi Lemah sekitar jam 9.39am 26/08/16,6.05U 116.59T Bermagnitude 4.0 SR Kedalaman 10km,16km Barat Laut Ranau,Sabah. Gegaran dirasai di sekitar kawasan Ranau, Kota Kinabalu, Tuaran & Penampang - MetMalaysia MMD.
Gempa bumi lemah landa Ranau

Ranau: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 9.39 pagi ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berada pada koordinat 6.05 darjah utara dan 116.59 darjah timur kedalaman 10km, iaitu 16 kilometer barat laut dari Ranau.

Kenyataan itu berkata gegaran dapat dirasai di Ranau. - BERNAMA

Ekoran gempa bumi yang berlaku sebentar tadi, murid-murid SK Kundasang diarah berkumpul di padang sekolah bagi mengelak sebarang tragedi buruk berlaku.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.