Mayat wanita, kenderaan terjunam dalam sungai Papar ditemui!

Alahamdulillah akhirnya mangsa lemas telah berjaya di temui pada jam 0957 minit pagi tadi di Muara Sungai Bundusan. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam Operasi SAR hari ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


PAPAR: Mayat seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang yang berlaku pada 31 Julai yang lalu, ditemui penduduk kampung pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada hari kejadian, pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dipercayai dipandu Rohani Samsudin, 50-an dikatakan gagal dikawal sebelum terhumban ke sungai berkenaan.

Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai.

Mangsa telah dijumpai pada jam 10.00 pagi oleh penduduk kampung di muara sungai Bundusan dan Pasukan Bomba tiba di lokasi mangsa ditemui pada jam 10.10 pagi untuk mengambil mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis pada jam 10.17 pagi untuk tindakan lanjut.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.