Kemalangan maut Kelisa dirempuh D-Max di Jalan Kokol

Guru wanita maut Kelisa dirempuh D-Max. Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Guru maut dalam kemalangan


Seorang wanita yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kokol maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Kokol berhampiran PTS Rumah Merah, pagi tadi.

Mangsa Suzanne Darlyn @Anne Kula, 34, yang tinggal di Kampung Keliangau Manggatal maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa dirempuh sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati bahawa kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dalam perjalanan dari arah Manggatal menuju ke Bukit Kokol, apabila sampai di Jalan Kokol berdekatan PTS Rumah Merah, semasa pemandu kenderaan jenis Isuzu D-Max menuruni bukit, kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan ,seterusnya bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Kelisa yang datang dari arah bertentangan.

‘Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kenderaan jenis Perodua Kelisa mengalami kecederaan dan dihantar ke Klinik Manggatal oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.”

“Pada jam 12.00 tenga hari, mangsa telah disahkan meninggal di klinik Manggatal,”katanya sambil menambah pemandu Isuzu D-max berkenaan telah direman dan akan dituduh di mahkamah pada hari isnin depan.

Picture

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca dari kecuaian pemandu kenderaan jenis Isuzu D-Max yang tidak dapat mengawal kenderaannya semasa menuruni bukit dan telah terbabas ke laluan bertentangan, seterusnya menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Kes disiasat di bawah Sek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut merupakan kronologi kejadian mengikut cerita daripada saksi yang turut membantu dalam menolong mangsa:

Utk pengetahuan semua, sy & abg sepupu yg menghantar mendiang cg suzzane anne, ke hsptl menggatal dlm jam 10.30 pg td.

Ceritanya
10.00 am - kami baru keluar dr rmh menuju ke likas bgi urusan pnting.

10.10 am - di jalan T junction antara simpang ke sg kg.keliangau, rumah merah & jln terus ke arah hsptl kecil menggatal. Ada 3 org lelaki menahan kereta kami, meminta tlg. Kelihatan dmax biru berlanggar dgn sebuah kelisa silver & dalam kereta kelisa, seorang wanita yg tgh sarat mengandung & anak kecil beliau bernama darling, tidak silap sy.

10.20 - berusaha mengeluarkan cg bersama anaknya di kerusi belakang. Sewaktu mengeluarkn bibir cikgu sudah mula membiru & keluar buih dr mulut bercampur darah sikit.

10.30 - kami tiba di hsptl mggatal, cg kami baringkan di belakang kereta. Anak beliau (darling) menangis memanggil mummy..mummy..mummy.

Para nurse, sekuriti, Dr berbangsa singh semua bergegas membantu mengeluarkan mangsa dr kenderaan. Sblm tu sy sdh cuba mghubungi suami mangsa menggunakan hp yg ada di tgn anaknya.


Sejurus kejadian kami bergegas ke likas. Dan sy dpt tahu mendiang cikgu sudah tiada dalam jam 12 tgh hari. Sy turut bersimpati ke atas mendiang & keluarganya. Tp yg sedih anak prmpuanny nama darling, semoga adik tersebut tabah di atas pemergian ibunya. Takziah. - oleh Sallehan Shah

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.