Kereta Bentley rempuh premis di Menara Millennium Damansara, Petaling Jaya

Foto di atas: Kereta Bentley ditowing selepas insiden rempuhan tersebut
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KUALA LUMPUR 30 Sept. - Sebuah kereta mewah jenis Bentley GT yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun terbabas ke dalam Menara Milenium, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu berlaku berikutan pemandu tertekan pedal minyak ketika mahu mengambil tiket tempat letak kenderaan.

Menurut jurucakap polis, ekoran daripada itu, kereta yang dinaiki individu terbabit terlajak ke hadapan dan terlanggar tiang besi sebelum merempuh cermin sehingga memasuki bangunan berkenaan.

“Pada masa ini, kita hanya menerima laporan polis daripada pemandu kenderaan manakala tiada aduan dibuat daripada pihak atau pemilik premis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kemalangan itu menjadi perhatian orang awam selepas gambar kejadian dimuat naik dan disebarkan pengguna laman sosial.

RALAT: PIHAK SOS INGIN MEMOHON MAAF KEATAS KESALAHAN MAKLUMAT PENYIARAN MENGENAI LOKASI KEJADIAN TERBABIT BUKANNYA DI LABUAN SEPERTI YANG DIDAKWA.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.