Permohonan maaf Adel tersasul perkataan T*t* di program Hlive

"Saya memang melatah dan kebetulan terkeluar perkataan berkenaan yang dianggap lucah di Sabah". - Adel Af2014
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Adel AF Tampil Mohon Maaf Terlatah Perkataan 'Lucah'

Penyanyi yang dilahirkan melalui Akademi Fantasia 2014, Adel, 23, tidak menyangka aksinya melatah perkataan kurang sopan dalam dialek Sabah menjadi viral ketika menjadi artis undangan program Hlive, malam tadi.

Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah terkejut apabila video berkenaan menarik perhatian ramai penduduk Sabah sehinggakan dikongsi lebih 2,500 orang dalam tempoh dua jam.

Dalam sedutan video wawancara bersama pengacara program itu, Adel tidak sengaja menyebut perkataan 'toto' yang bermaksud alat sulit wanita dalam dialek masyarakat Kadazan Dusun.

"Saya memang melatah dan kebetulan terkeluar perkataan berkenaan yang dianggap lucah di Sabah.

Namun saya tidak sengaja, bukan bertujuan mahu menyebutnya, berlaku secara spontan.

 “Ramai menghantar mesej kepada saya mengenai video ini. Mereka rasa ia lucu.

"Namun, saya mohon maaf dengan keterlanjuran saya yang tidak disengajakan itu," katanya.

Tonton Video Adel AF



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.