MH370

Terkini
.

Aloysius Taidin! dari Keningau Sebiji Wajah seiras Manny Pacquiao

Masuk news suda si Gundohing Aloysius Taidin kita yang berasal dari Sook, Keningau. Ceritanya viral sebab rupanya yang seiras Manny Pacquiao
Wajah seiras Manny Pacquiao

KENINGAU 2 Nov. – Aloysius Taidin, 43, hanyalah seorang penoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari, namun setiap kali berjalan di bandar Keni­ngau dan Kota Kinabalu, pasti ada orang datang menegur serta mahu bergambar dengannya.

Seolah-olah selebriti yang men­dapat tumpuan awam, populariti dimiliki lelaki Dusun dari Kampung Kabatang Baru itu­ bukan disebabkan oleh bakat nya­nyian atau lakonan, sebaliknya disebabkan wajah­nya dikatakan seiras de­ngan peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao.


Aloysius yang memeluk Islam ketika mengahwini isterinya, Siti Faridah Sulaiman, 30, mempunyai senyuman, bentuk wajah, ga­ya rambut, misai serta janggut mirip Pacquiao, menyebabkan orang ramai sering tersalah anggap dia adalah juara tinju itu.


Aloysius berkata, dia mula me­nye­dari wajahnya seiras Pacquiao beberapa tahun lalu ketika seorang lelaki Filipina yang kebetu­lan sedang menonton pertaru­ngan peninju tersebut di sebuah restoran menghampirinya.


“Pada tahun 2010, saya sedang menonton pertarungan membabitkan Pacquiao di sebuah restoran dan selepas perlawanan tamat ada seorang lelaki yang baru sampai dari Singapura tiba-tiba datang ke meja saya.

“Lelaki tersebut cakap muka saya betul-betul seiras dengan Pacquiao. Pada mulanya saya tidak percaya kerana itu adalah pertama kali saya menonton pertarungan membabitkan Pacquiao tetapi apabila pulang ke rumah dan melihat cermin, barulah saya perasan apa yang lelaki itu cakap memang betul,” katanya yang sejak itu mula meminati peninju dan juga Se­nator Filipina itu.

Manny Pacquiao menghadiri taklimat menanam lada hitam baru2 ini di Nabawan/Sook anjuran PLAS, Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah. Dia nda mo boxing sudah 😅😅😅😅

Selain orang ramai mahu bergambar dengannya, menurut Aloysius, dia terkejut apabila ada beberapa individu yang merakam gambarnya secara senyap-senyap untuk dimasukkan ke dalam Facebook sehingga menjadi topik hangat di laman sosial itu.


Secara peribadi katanya, dia berasa bertuah memiliki wajah tersebut dan mengimpikan suatu hari nanti untuk bersua muka dengan Pacquiao.

“Orang cakap di dunia ini ada tujuh individu yang seiras jadi pasti seronok kalau dapat berjumpa salah seorang daripadanya apatah lagi jika dia adalah sele­briti terkemuka dunia.

“Tapi itu cuma impian saya mungkin kalau ada orang bantu bolehlah. Sekarang saya cuma fokus bekerja setiap hari untuk menyara anak-anak dan isteri saya yang sedang mengandung lapan bulan,” kata bapa kepada tiga anak itu.



Aloysius Taidin! dari Keningau Sebiji Wajah seiras Manny Pacquiao Reviewed by admin Ucop on 9:56 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.