MH370

Terkini
.

Kejadian Mendapan Lubang di Jalan Tuaran berhampiran Plaza Juta, Likas

Lubang sedalam lima meter yang terbentuk di Kilometer 7.5 Jalan Tuaran-Kota Kinabalu berhampiran Plaza Juta di Likas, awal pagi tadi.
Lubang sedalam 5 meter akibat salur pembetung pecah

Mendapan akibat saluran pembetung dalam tanah pecah dipercayai punca satu lubang terbentuk pada kedalaman kira-kira lima meter di Jalan Tuaran berhampiran Plaza Juta, dekat Likas, awal pagi tadi.

Bagaimanapun lubang yang terbentuk di tengah jalan di Kilometer 7.5 Jalan Tuaran-Kota Kinabalu itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan.


Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesan retakan di laluan berkenaan malam tadi sebelum meletakkan penghadang untuk mengelak dilalui kenderaan, namun ia dilaporkan mendap dan membentuk lubang terbabit kira-kira 2 pagi tadi.


Jurucakap JKR Sabah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu disebabkan saluran pembetung bawah tanah yang pecah.

 Operasi membaiki jalan terbabit kini giat dijalankan oleh kontraktor," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.




Kejadian Mendapan Lubang di Jalan Tuaran berhampiran Plaza Juta, Likas Reviewed by admin Ucop on 3:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.