Penyamun bersenjata rompak kedai runcit di Jalan Lintas Damai

Anggota Polis melakukan siasatan di kedai yang dirompak
2 Lelaki Bersenjata Rompak Kedai Di Jalan Lintas

Kota Kinabalu: Sebuah kedai menjual barangan runcit di  Taman Far East, Jalan Lintas Damai, di sini, dirompak dua lelaki dipercayai bersenjata, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, dua lelaki yang menutup mulut menggunakan kain dan topi dipercayai melarikan wang tunai namun jumlahnya belum diketahui.


Difahamkan, ketika kejadian beberapa pekerja dan pengunjung berada di dalam premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki yang tidak dikenali.

Kedua-dua suspek yang bersenjata itu kemudian mengarah pekerja dan meminta semua mereka diam sebelum mengambil wang tunai yang berada di dalam peti mesin tunai.

Beberapa minit selepas itu, dua suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.

Sebaik dua suspek beredar, pemilik kedai kemudian menghubungi pihak polis sebelum sepasukan polis tiba untuk menjalankan siasatan.


Turut berada di lokasi kejadian sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.