Geng Saldi Tumpas di Sepanggar

Dalang Geng Saldi kena bedil

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Dalang Geng Saldi kena bedil


Kota Kinabalu: Penjenayah parah ditembak di kawasan letak kereta di Taman Bukit Setia, Sepanggar, di sini, awal pagi ini.

Suspek berusia 35 tahun itu parah di bawah ketiak dan tulang rusuk kanan dan sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) namun dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra, berkata kejadian pada kira-kira 2 pagi.

Picture
CHANRA menunjukkan gambar suspek yang pernah viral di lamam sosial seleps disyaki mencuri kasut di Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu.

Menurutnya, ketika itu tiga anggota daripada unit cegah jenayah Balai Polis Manggatal sedang menjalankan rondaan sebelum terserempak suspek yang berada di dalam kereta.

Katanya, suspek enggan memberikan kerjasama selepas polis memperkenalkan diri menyebabkan anggota memecahkan cermin kereta di sebelah pemandu.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengambil parang dan cuba melibas anggota.

“Atas tujuan keselamatan, seorang daripada anggota kemudian melepaskan dua das tembakan lalu terkena bawah ketiak dan tulang rusuk kanan suspek,” katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis turut menahan lelaki berusia 20-an berhampiran kawasan kejadian yang dipercayai rakan suspek.

“Hasil siasatan awal, suspek yang ditembak itu terbabit dengan 13 kes jenayah samun, rompak, curi kenderaan dan pecah rumah termasuk yang terbaru di daerah Keningau.

“Suspek terbabit juga disyaki dalang kepada kumpulan jenayah dikenali Geng Saldi dan dikenalpasti aktif melakukan jenayah sejak Disember 2016.

“Foto suspek yang ditembak itu juga pernah viral di laman sosial dipercayai mencuri kasut di Taman Bukit Sepanggar,” katanya.

Chandra berkata, selain tangkapan itu, polis turut merampas parang dan beberapa alat yang disyaki digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya. – myMetro Online

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.