Lelaki Tak Benyawa Ditemukan di pekan Ranau

Masyarakat di pekan Ranau digemparkan dengan seorang lelaki yang ditemukan ridak bernyawa terbaring dalam sebuah kenderaan. - Sumber suarasabah.com

Ranau: Lelaki Tak Benyawa Ditemukan

Seorang lelaki tempatan ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah kereta jenis KIA di hadapan salah sebuah kedai menjual tayar di pekan Ranau petang kemarin.

L
elaki berumur dalam lingkungan 30an itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai terbaring pada kerusi pemandu sejak awal pagi kelmarin.

Orang awam yang melihat dan curiga dengan keadaan mangsa bertindak menghubungi Polis kerana mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap keadaan mangsa.

Wakil media yang kebetulan berada di tempat kejadian mendapati sekumpulan anggota polis daripada IPD Ranau sedang membuat pemeriksaan ke atas kereta dan mangsa.

Anggota polis dilihat mengeluarkan mayat dari kereta mangsa dan dipindahkan ke dalam kereta polis jenis Defender untuk dihantar ke Hospital Ranau.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.