Biskut Gery selamat dimakan

Biskut Gery selamat dikonsumi
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Jabatan Kesihatan Sabah menjelaskan orang ramai tidak perlu bimbang terhadap penggunaan tartrazine, iaitu bahan pewarna sintetik dalam biskut jenama Gery yang kini popular dalam kalangan pengguna di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata pihaknya peka dan prihatin dengan dakwaan produk makanan biskut jenama Gery yang dijual di negeri ini ada kandungan tartrazine (E102) dan kesan sampingan tartrazine.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa tartrazine dibenarkan penggunaan dalam biskut mengikut peraturan 135 (2) (b) dan Jadual Ketujuh, Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan.


"Ini bagi melindungi dan memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna berasa ragu dengan status keselamatan makanan yang ada di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan negeri menerusi Pejabat Kesihatan kawasan atau daerah terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Picture
PENGARAH Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Dr Christina berkata, pengguna boleh melayari laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq atau menghubungi talian 088-248201 jika ada sebarang kemusykilan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.