MH370

Terkini
.

Perompak jadikan wanita tebusan di Taman Istimewa Kota Kinabalu berjaya ditahan pihak polis!

Polis selamat wanita jadi tebusan lebih 2 jam! Lelaki jadikan wanita tebusan berjaya ditahan oleh pihak polis selepas di sebuah kawasan perumahan di Taman Istimewa Kota Kinabalu
Perompak pecah masuk rumah, jadikan anak tuan rumah tebusan

Seorang lelaki berjaya ditahan oleh pihak polis selepas menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di sebuah kawasan perumahan di Taman Istimewa Kota Kinabalu, sebentar tadi.

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 20an berjaya diselamatkan polis selepas dijadikan tebusan lebih dua jam oleh seorang penjenayah di Jalan Damai, di sini, sebentar tadi. Wanita itu diselamatkan polis kira-kira jam 9.35 malam, selepas dibawa lari oleh suspek pada jam 7.45 malam dari rumahnya di Taman Istimewa, Luyang.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian suspek berusia 27 tahun dipercayai masuk ke sebuah rumah di taman itu untuk merompak.

ANGGOTA polis serta bomba berada di lokasi kejadian selepas seorang penjenayah yang menjadikan seorang wanita sebagai tebusan dengan mengacukan pisau di leher menyerah diri setelah dikepung pihak polis di Jalan Damai, Kota Kinabalu - Foto Mohd Adam Arinin


"Bagaimanapun, selepas kita mendapat maklumat mengenai rompakan itu, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum terserempak dengan suspek yang kemudian cuba melarikan diri.

"Dalam keadaan terdesak, suspek yang dipercayai warga asing itu kemudian menarik seorang wanita yang juga jiran rumah dirompaknya yang kebetulan berada di luar rumah ketika itu, sebelum melarikan diri bersama wanita itu.


"Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke Jalan Damai sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan mengacu sebilah pisau 15 sentimeter di leher mangsa," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1968 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh..

George berkata, mangsa berjaya diselamatkan selepas rundingan lebih sejam dengan suspek.

"Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

"Mangsa pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, kami belum mengetahui bagaimana keadaan mangsa tetapi dia agak trauma," katanya sambil menambah motif mangsa memang untuk merompak rumah sebelah.

Sementara itu, suasana di Jalan Damai agak sesak dengan orang ramai yang mahu mengetahui kejadian berkenaan. Selain polis, kenderaan bomba dan ambulans turut bersedia di lokasi kejadian.

Perompak yang memecah masuk sebuah rumah nekad menjadikan anak tuan rumah sebagai tebusan di Jalan Kolam, di sini. Suspek menggunakan pisau dan melakukan ugutan bunuh.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam itu suspek dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di taman berkenaan sebelum menjadikan mangsa sebagai tebusan dengan mengacukan pisau ke leher mangsa.




Perompak jadikan wanita tebusan di Taman Istimewa Kota Kinabalu berjaya ditahan pihak polis! Reviewed by admin Ucop on 8:03 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.