Institut Bangsa Dayak buka pejabat di New York!

Ibu pejabat PBB di Manhattan, New York. Orang Dayak sedang berusaha mendaftarkan secara rasmi pejabat wakil tetap mereka di Harlem dengan kerajaan AS. (Gambar AFP).

Institut Bangsa Dayak mencadangkan supaya Unesco menjalankan program berkaitan bahasa pribumi di Sabah dan Sarawak.

Masyarakat Dayak membuka pejabat wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Harlem, New York dan sedang berusaha mendaftarkan pertubuhan itu secara rasmi dengan kerajaan Amerika Syarikat.

W
akil mereka, Andrew Atama Ambrose berkata, pertubuhan itu akan dikenali sebagai Institut Bangsa Dayak.

“Kita mempunyai temu janji dengan Kongres AS dan akan memberikan taklimat berkaitan isu berkaitan kepadanya. Saya sendiri akan bertemu Senator Alexandria Ocasio-Cortex bagi membincangkan isu berkaitan pejabat kami,” katanya.

Atama berkata, pertubuhan itu mencadangkan supaya Unesco menjalankan program berkaitan bahasa pribumi di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, satu forum PBB awal tahun ini telah membincangkan isu yang memberi kesan ke atas bahasa pribumi, dan pertubuhannya percaya penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak yang mendapat manfaat daripada penglibatan Unesco.

New York - May 20th 2012 : Portrait of Borneo native Hip Hop artist Atama by PS1 / Atama was in NY to participate to a UN forum about the preservation of indigeneous culture (Photo by Marc Lecureuil) © Marc Lecureuil - Image Pistol inc 2012

“Tahun ini Unesco melancarkan Tahun Bahasa Pribumi. Mereka perlu diberitahu bahawa mereka boleh datang dan mengadakan program di Sabah dan Sarawak,” katanya.


Pertubuhan itu juga terlibat dengan isu hak tanah. Semasa satu forum mengenai pembangunan mampan di Bangkok bulan lepas, Atama berkata, topik itu dibincangkan dengan mendalam.

Wakil tetap orang Dayak ke PBB, Andrew 'Atama' Ambrose Mudi.


Beliau menggesa peguam negeri Sabah, Zaleha Rose Pandin supaya menyegerakan proses penyisihan tanah adat penduduk pribumi.


Atama juga berkata, orang Dayak di Borneo akan membuat keputusan tentang bagaimana mereka mahu mengurus diri sebagai sebuah komuniti.

“Sama ada mereka mahu mengkategorikan diri mereka sebagai sebuah persatuan masyarakat atau NGO atau sebuah badan pentadbir. Mereka perlu putuskan perkara ini.

“Ia akan dibincangkan oleh kira-kira 250 wakil dari seluruh Borneo dalam kongres khas yang akan diadakan bulan depan di Keningau,” katanya.


Atama berkata, apabila keputusan dibuat, beliau akan membawa laporan tersebut ke PBB untuk dibentangkan bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.