Matlan Marjan menentang X Malaysia di Stadium Likas

"Selain Matlan, beberapa bekas rakan sepasukannya juga akan beraksi seperti Yap Wai Loon, Gerald Mojiliu, Jekerison Kilan, Charles Tindi, Junaidi Tuah, Matusin Bowie, Abdullah Adi dan G Raveychandran," kata Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah Datuk James Wong dalam kenyataannya pada Jumaat.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Matlan ketuai pasukan Bekas Pemain Sabah petang ini

Sepak mula perlawanan dijadualkan pada jam 4.00 petang dan orang ramai dialu-alukan datang.

"Masuk adalah percuma. Datanglah beramai-ramai menyaksikan aksi bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri dan negara.

Keputusan Penuh :
Ex Sabah (1)(3) Ex Malaysia di Stadium Likas, Sabah (22.06.2019).




"Selain Matlan, beberapa bekas rakan sepasukannya juga akan beraksi seperti Yap Wai Loon, Gerald Mojiliu, Jekerison Kilan, Charles Tindi, Junaidi Tuah, Matusin Bowie, Abdullah Adi dan G Raveychandran," kata Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah Datuk James Wong dalam kenyataannya pada Jumaat.

Turut dalam senarai pasukan Bekas Pemain Sabah ialah Karti Tukimin, Cyril Gom, Eddie Lahan, Aliron Nulantan, Yahya Kassim dan Razali Zinin.

Picture
Soh Chin Aun, 67, juga akan bermain manakala James juga akan membuat penampilan beberapa minit dalam 90 minit permainan itu. - AP

"Kami juga ada jemput Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony bermain untuk pasukan Bekas Pemain Sabah," kata James.

Picture
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Matlan Marjan (kanan) ketika zaman kegemilangannya. 

Skuad bekas pemain negeri dan kebangsaan yang diketuai Chin Aun dianggotai 28 pemain dijadualkan tiba pada Jumaat di mana ia adalah kunjungan pertama mereka ke sini untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Picture
KENANGAN James (kanan) bersama mantan pemain Sabah Azman Mastar dalam satu majlis perkumpulan bekas-bekas pemain Sabah era 80/90-an di Kota Kinabalu.

Pasukan pelawat itu akan diraikan dalam satu majlis makan malam semalam dan dijadualkan balik pada Ahad.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.