Sabah FA di puncak Liga Perdana 2019!

RONALDINHO (dua kanan) cuba melepasi halangan pemain Sabah di Stadium Hang Jebat, malam ini. — FOTO BERNAMA
Sabah kembali ke puncak Liga Perdana

Tamat Perlawanan The Cops terpaksa akur dengan kekalahan malam ini. Jaringan pendahuluan Lee Changhoon gagal memberi makna apabila Roki & Alto Linus berjaya menjaringkan gol buat Sabah sekaligus memenangi perlawanan malam ini.

KEBANGKITAN menarik Sabah pada babak kedua membantu mereka mengatasi PDRM 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini sekali gus merampas semula kedudukan teratas daripada JDT II.


The Cops yang banyak menguasai 45 minit pertama mencipta jaringan menerusi sepakan percuma Lee Chang Hoon pada minit ke-32.

Sepakan percuma itu diberikan berpunca tindakan pertahanan lawan menjatuhkan penyerang Patrick Ronaldinho di luar kotak penalti.


Pada babak kedua, anak buah jurulatih Jelius Ating bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Rodoljub Paunovic pada minit ke-76 sebagai pembuka semangat buat mereka menekan PDRM.


Aksi pelawat lebih tersusun selepas itu dengan menggandakan asakan hingga gawang tuan rumah bocor lagi menerusi tandukan Alto Linus pada minit ke-82 sekali gus menceriakan pasukan Negeri Di Bawah Bayu itu.

PEMAIN dan pengurusan pasukan Sabah ceria selepas menewaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sabah bangkit atasi PDRM

Kebangkitan pada babak kedua membantu Sabah mengatasi pasukan PDRM 2-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, di sini, sebentar tadi.

Dalam aksi malam tadi, skuad The Cops yang menguasai 45 minit saingan pertama berjaya mencipta jaringan pendahulu menerusi sepakan percuma Lee Chang Hoon pada minit ke-32.

Sepakan pemain Korea itu berpunca tindakan pertahanan lawan menjatuhkan Patrick Ronaldinho di luar kotak penalti yang menyaksikan rembatan kencangnya tepat ke jaring sebelah kiri gawang Sabah.

Sabah kemudian bertindak balas menerusi Jenius Karib tiga minit selepas itu, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohd Shahril Saari.

Sebelum babak pertama berakhir skuad The Cops turut melakukan percubaan untuk menambah jaringan, namun tandukan Argzim Redzovic sedikit tinggi melepasi palang gol Sabah.

Memasuki babak kedua menyaksikan anak buah jurulatih Jelius Ating bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Rodoljub Paunovic pada minit ke-76.

Dan selang empat minit kemudian, Sabah memastikan mata penuh di bawa pulang dari Stadium Hang Jebat apabila tandukan Alto Linus menggegarkan jaring tuan rumah untuk keputusan muktamad 2-1.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.